Al Fadhil Imam 1 Ustaz Arif memohon doa kesejahteraan utk semua muslimin & muslimat

Ahad, 22 November 2009

majlis kesyukuran

Pihak surau menjadi kebiasaan mendapat undangan bg majlis2 kesyukuran yg dianjurkan penduduk tmn. tasik biru ini.Majlis kesyukuran ini dirakam pd 22/11/2009 di rumah En. Rashid,no.16,jln tasik biru 5,beliau mengadakan majlis ini sempena mendapat cahaya mata puteri yg ditunggu sekian lama,ini merupakan cahaya mata yg kelima(sudah 4 org lelaki),harap2 ini bukanlah anak bongsu ye En.Rashid....

jemaah surau membanjiri rumah En.Rashid bg mengadakan doa selamat,kelihatan imam 2 bersandar di tiang....kerjasama drpd semua penduduk amatlah padu dan jitu..



para jemputan menikmati juadah dan hidangan yg disediakan..terima kasih En. Rashid atas jemputan ke majlis kesyukuran dan doa selamat ini(berdisiplin,semua bersabar menunggu giliran)

 
En. Rashid(berbaju biru)mengucapkan berbanyak terima kasih kepada hadirin yg sudi hadir di rumahnya ini..kata En Rashid "Biar letih tapi seronok".Beliau juga bersyukur kpd Ilahi kerana telah dianugerahkan cahaya mata perempuan setelah sekian lama menunggu dgn sabar











Majlis bacaan Yasin


Majlis bacaan Yasin diadakan pd setiap mlm Jumaat di surau Tasik Biru sebagai aktiviti rutin untuk memohon keampunan dan kesejahteraan ummah sejagat sama ada yg masih hidup atau yg telah pergi meninggalkan alam dunia..



Imam 2 ustaz Nasir mengepalai bacaan pada minggu ini..para jemaah membaca dengan penuh pengharapan keampunan drp yg Maha Esa


Jumaat, 20 November 2009

suasana raya

Alhamdulillah..sambutan hari raya Aidilfitri 2009 selamat diadakan dengan jayanya di medan letak kereta rumah kedai...sungguh meriah sekali....tgk lah semua imam kita,siak,pengerusi surau,pengerusi penduduk memang bergaya dengan pakaian masing-masing.Terima kasih kpd semua yg bertungkus-lumus menjayakan majlis pada tahun ini....diharapkan tahun-tahun hadapan akan berterusan majlis2 sebegini,terima kasih juga kpd semua penduduk Tmn.Tasik Biru yg memberikan sokongan dan kerjasama yg padu...teruskan usaha yg murni ini..






              semuanya kemas,bergaya,segak jgak ye..

Isnin, 16 November 2009

Solat hajat

Majlis solat hajat ini diadakan pada 14/11/2009 di Surau Tasik Biru bg memohon pada yang Maha Esa agar diberikan kejayaan yg cemerlang bg anak-anak kita yang akan menduduki peperiksaan SPM & STPM tidak lama lagi.


Terima kasih kepada jemaah surau yg dapat meluangkan masa bagi mengisi majlis ini,harapan tinggi menggunung bg melihat kejayaan anak-anak......
Selepas solat hajat,jemaah dijemput menjamu selera di perkarangan surau.




 Diharapkan anak-anak kita ini mendapat kejayaan yg cemerlang dalam peperiksaan nanti...genggam harapan dan impian yang diidam-idamkan selama ini.....SELAMAT BERJAYA DIUCAPKAN

kaum ibu sedang menyiapkan juadah dan menjamu selera pada malam tersebut.Terima kasih ibu-ibu atas  keprihatinan dan kerjasama drp anda semua.