Al Fadhil Imam 1 Ustaz Arif memohon doa kesejahteraan utk semua muslimin & muslimat

Khamis, 12 November 2009

kenali mereka



 Hj.Nik Yusof B. Nik Muhammad,beliau merupakan Pengerusi Surau Taman Tasik Biru.Harapan beliau agar kita semua hendaklah mengimarahkan surau walaupun di mana kita berada.Beliau amat-amat berharap agar semua penduduk Tmn.Tasik Biru sentiasa memenuhi tanggungjawab sbg khalifah di muka bumi dengan mengimarahkan surau di taman ini khasnya dan melakukan suruhan Yang Maha Esa serta meninggalkan segala laranganNYA..





Al Fadhil Ustaz Arif adalah imam 1 di Surau Tmn. Tasik Biru.Beliau mempunyai ilmu yang luas ttg Al-quran dan kitab-kitab keagamaan.Beliau juga merupakan salah seorang pengasas awal penubuhan surau di taman ini sehinggalah tertubuhnya surau sementara yang ada sekarang.Usaha-usaha untuk mendapatkan surau tetap sedang giat dilaksanakan,mudah-mudahan hasrat tercapai...insyaallah




 ini adalah imam 2 Taman Tasik Biru Al Fadhil Imam Nasir.muda lagi orangnya,senang di dekati dan mudah dibawa berbincang kalau ada sebarang masalah @ kemusykilan bab2 keagamaan.




 Setiausaha Kehormat Surau Tasik Biru.En Sarjuni B. Maksud,beliau merupakan orang terpenting dlm pembangunan dan penyusunan aktiviti surau ini.Jawatan ini memang memikul satu tanggungjawab yang besar.








                                                

                                                    En.Keafli B. Mansor merupakan Bendahari
                                                    Surau Tmn. Tasik Biru ini.Tugasan beliau
                                                    memang mencabar kerana setiap dana perlulah
                                                    direkod dan memastikan diurus dgn baik.





 Ini ialah Timbalan Bendahari Surau Tasik Biru merangkap Pengerusi Penduduk Taman Tasik Biru En.Hussain B. Ismail..orangnya cekal dan peramah,senang kalau kita nak mengadu sebarang permasalahan..walaupun beliau menghadapi masalah kesihatan namun kecekalan dan ketabahannya menjadi pendorong kejayaan2 yg dicapai oleh Persatuan Penduduk.Semoga beliau terus bersama2 dgn saf kepimpinan Surau Taman Tasik Biru.





 Ini siak Surau Taman Tasik Biru,saudara En.Joha..orangnya periang dan rajin,kalau ada sebarang majlis dekat surau abg. Joha ini sepastinya menjadi orang paling sibuk...mana tak nya,meja,kerusi,lampu,plastik sampah,khemah,bekas air semuanya di bawah seliaan beliau di samping bantuan kawan2 yang lain..


 Abg. Joha

Tiada ulasan:

Catat Ulasan